Ciri-ciri
keselamatan semasa membuat kerja paip
Keselamatan diri
sendiri
Objektif yang utama dalam urusan
keselamatan ialah mencegah kecederaan dan kematian pekerja. Oleh sebab itu,
keselamatan diri sendiri patutlah diutamakan. Perkara-perkara yang harus diambil
berat untuk menjaga diri sendiri adalah seperti berikut:
Menjaga
kesihatan diri sendiri
Kesihatan merupakan faktor yang
penting dalam menguruskan kerja dengan selamat. Jika seseorang pekerja kurang
sihat atau uzur, dia tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya dalam apa yang
dilakukan. Kesihatan dari segi fizikal ialah tubuh badan pekerja, oleh itu
seseorang pekerja mestilah cukup makan supaya tidak mengalami sebarang
keuzuran. Kesihatan rohani pula hendaklah dikawal dari segi fikiran pekerja, tidak
marah, tidak sedih atau berangan-angan semasa bekerja
Disiplin
semasa bekerja
Dsiplin adalah satu perkara yang
sangat penting semasa bekerja. Arahan dan peraturan yang telah ditetapkan
haruslah dipatuhi dan selalu berwaspada. Jangan sekali-kali melakukan sesuatu
yang boleh membahayakan diri sendiri atau orang lain, seperti menyimpan
alat-alat tajam dalam saku, membiarkan paku yang telah digunakan
berselerak,membuang sampah-sarap merata-rata dan sebagainya
Pengetahuan
Sebelum melakukan sesuatu kerja,
pekerja haruslah memahami bahan-bahan yang dikerjakan dan juga alat atau mesin
yang digunakan. Tindak balas bahan-bahan terutamanya bahan-bahan kimia boleh
mendatangkan kemalangan yang teruk begitu juga alat-alat berteknologi tinggi.
Pakaian
Pakaian yang koyak dan serebeh
adalah punca kemalangan. Kasut atau but keselamatan yang mengandungi kepingan
keluli di bahagian hadapan adalah sesuai bagi mengelakkan sebarang kecederaan
kaki. Capal dan sandal tidak harus dipakai semasa bekerja di tapak binaan atau
bengkel.
Perlindungan
mata
Apabila membuat kerja mungkin
menyebabkan kecederaan kepada mata, cermin mata keselamatan (safety goggle)
atau pelindung muka harus dipakai
Perlindungan
kepala
Topi keledar hendaklah dipakai
apabila berada dikawasan pembinaan. Dengan memakai topi keledar, kecederaan
kepada kepala dapat dikurangkan
Perlindungan
tangan
Sarung tangan dapat melindungi
tangan daripada sebarang kecederaan, lebam, terbakar oleh bahan kimia dan
sebagainya. Apabila membuat kerja-kerja memindahkan bata dan sebagainya
hendaklah memakai sarung tangan.
Peralatan
yang digunakan semasa kerja paip
Ragum meja
penyambung
No comments:
Post a Comment